Tentang PKAP

Kesatuan Kakitangan Akademik dan Pentadbiran Universiti Sains Malaysia atau lebih dikenali sebagai PKAP ditubuhkan sekitar tahun 1971. Persatuan ini didaftarkan di bawah Ordinan Kesatuan Sekerja, 1959. Ahli-ahli persatuan ini terdiri daripada pensyarah dan pegawai pentadbiran merangkumi semua kampus USM di seluruh Malaysia.

Bagi mencapai matlamat dan aspirasi USM, PKAP sentiasa bekerjasama dengan rapat dan menyokong tindakan-tindakan yang diambil oleh pihak pengurusan dalam usaha untuk meningkatkan martabat dan kecermelangan USM.

Secara keseluruhannya, PKAP berfungsi sebagai suatu badan yang mewakili semua kakitangan akademik dan pentadbiran secara kolektif bagi mewujudkan persekitaran kerja yang sihat dan bertanggungjawab serta memperjuangkan hak dan kebajikan setiap staf di USM tanpa mengira penglibatan mereka dalam persatuan ini.  

Objektif dan tujuan khusus penubuhan PKAP adalah

a) untuk memasti dan mengekalkan standard profesional dalam proses pengajaran, penyelidikan dan pentadbiran di Universiti.

b) untuk terlibat dalam semua aspek pembangunan Universiti Sains Malaysia.

c) untuk menggalakan semangat bekerja korporat dalam kalangan staf Universiti.

d) untuk menganjur dan menyelia kemudahan kebajikan dan sukan di Universiti termasuk kemudahan rekreasi, aktiviti sukan dan penerbitan makalah.

e) untuk menganggotai semua jawatankuasa (selaras dengan akta) yang dibentuk oleh Majlis Universiti.

f) untuk berhubung dan bekerjasama dengan persatuan kakitangan di universiti dan institusi pengajian tinggi lain di Malaysia.

g) untuk mengambil bahagian secara aktif dalam pembangunan dan perkembangan sosio -politik dan ekonomi di Malaysia.

h) untuk menjalankan aktiviti-aktiviti lain sebagaimana yang ditentukan oleh Jawatankuasa Eksekutif Persatuan dari masa ke semasa.

Mesyuarat Agung Tahunan akan diadakan setiap tahun dan biasanya pada  penghujung tahun.

 

flashing lights

  PERLEMBAGAAN KESATUAN KAKITANGAN AKADEMIK DAN PENTADBIRAN   

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA